7 Januari 2012 - 20:30

Pempinan solat Jumaat di Tehran berkata Amerika membalas dendam terhadap bangsa Iraq dan kerajaannya setelah askar-askar mereka berundur secara memalukan akibat desakan yang berterusan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Kazem Seddiqi dalam khutbah Jumaat lalu berkata, "Untuk membalas dendam terhadap kegembiraan rakyat Iraq atas pengunduran askar penjajah, Amerika meneruskan pengebom dan pembunuhan rakyat negara itu demi menyatakan bahawa Amerika adalah sumber kedamaian selain pengunduran mereka menyebabkan ketegangan,"Ulama Iran tersebut menambah, kedatangan askar mereka di Iraq mengakibatkan kebencian umat Islam dan masyarakat antarabangsa terhadap Amerika selain kelompok Syiah, Sunni, Kurdis dan seluruh bangsa Arab mahukan mereka meninggalkan Iraq.Seddiqi menasihati bangsa Iraq supaya memelihara perpaduan dan meneruskan perjuangan menentang komplot musuh.Bumi Iraq menyaksikan 78 orang terkorban dalam beberapa serangan roket yang disasarkan terhadap ibu kota Kazimiyeh dan Nassiriya yang mempunyai majoroti penduduk Syiah pada hari Khamis lalu.31 Disember lalu mencatat sejarah baru negara Iraq apabila berakhirnya 9 tahun pendudukan Amerika. Meskipun begitu, seramai lapan ribu askar Amerika terkorban selain kemusnahan kira-kira 14 jet tempur, 125 helikopter.